Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, June 1, 2010

Utusan Malaysia : 31/05/2010

ARKIB : 31/05/2010

Bekalan gula cukup - KPDNKK


Wartawan yang juga ahli Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) cawangan Kedah terkejut melihat lambakan gula Malaysia dijual di kedai runcit di Pattani, baru-baru ini. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 30 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan 'pembelian panik' kerana bekalan gula di seluruh negara mencukupi.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, kekurangan bekalan gula di pasaran adalah disebabkan pemborong dan peruncit menyorokkan gula dengan harapan harga runcit akan meningkat naik.

Menurutnya, kementerian telah mengeluarkan arahan supaya mana-mana pemborong dan peruncit yang menyorokkan bekalan gula akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan lesen perniagaannya akan ditarik.

"Bekalan gula di dalam negara masih lagi terkawal dan orang ramai tidak perlu merasa panik dengan membeli bekalan gula secara berlebihan.

"Malah, kerajaan telah menaikkan pengeluaran bekalan gula sebanyak lima peratus di seluruh negara bagi memastikan bekalan terus mencukupi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai masalah kekurangan gula yang terus melanda negara.

Terbaru, terdapat segelintir peruncit yang mengenakan syarat melampau bagi membolehkan orang awam membeli bekalan gula.

Menurut Lian Hoe, kementerian telah menyediakan stok penimbal bagi setiap negeri untuk memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi.

Katanya, orang awam boleh merujuk kepada pegawai KPDNKK yang ditempatkan di setiap negeri jika berlaku kehabisan bekalan gula di kawasan mereka.

"Kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas peruncit dan pemborong yang menyusahkan orang ramai,'' katanya.

Berita Harian Online



Peniaga Thai jual gula subsidi : 31/05/2010

BALING: Ketika peniaga dan pengguna di beberapa negeri di negara ini mengeluh kerana sukar mendapat bekalan gula, keadaan sebaliknya berlaku di selatan Thailand apabila gula pasir bersubsidi untuk kegunaan rakyat tempatan dijual secara bebas di negara itu.

Tinjauan di daerah Pattani, Thailand, semalam mendapati, gula pasir keluaran Malaysia, iaitu Gula Prai yang dikhaskan untuk kegunaan tempatan dijual di merata tempat secara terbuka di kedai runcit dan pasar malam di situ.
Keadaan itu menggambarkan seolah-olah gula pasir bersubsidi keluaran Malaysia terlalu mudah diseludup keluar ke Thailand.
Seorang pekedai runcit, Wejah Wesamael, 73, berkata dia tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan gula dari Malaysia kerana bekalan banyak.

Katanya, walaupun beliau difahamkan gula itu dihadkan untuk pasaran Malaysia, mereka tidak menghadapi masalah mendapatkannya walaupun dengan harga RM2.50 sekilogram.

“Bekalan tidak pernah putus kerana setiap minggu ada pemborong datang menghantar bekalan dan saya menjualnya dengan harga RM2.50 sekilogram,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Cabang Tiga, Pattani, Thailand.

Wejah berkata, dia tidak tahu dari mana pemborong terbabit mendapatkan bekalan kerana tidak mahu ambil tahu, sebaliknya apa yang penting ia mendapatkan stok untuk dijual kepada penduduk di kampungnya.
Sementara itu, tinjauan di pekan Baling mendapati, ramai pengguna, terutama peniaga makanan dan minuman merungut sukar mendapat bekalan gula.

Seorang pengusaha kedai makan, Soria Mat Zanu, 40, berkata dia sukar mendapatkan bekalan sejak beberapa minggu lalu apabila hanya dapat membeli bahan pemanis itu dalam kuantiti yang sedikit saja.

"Saya pernah tidak dapat berniaga dan menutup kedai beberapa hari kerana bekalan gula terputus di pekan ini.

"Pihak berkuasa sepatutnya memastikan bekalan gula untuk keperluan rakyat tempatan mencukupi," katanya.

Wednesday, February 10, 2010

Cara membuat pembayaran

Bagi memudahkan lagi pembayaran :

  • Sila sediakan WANG POS diatas nama NORLIA BINTI RAMLI
  • Peserta juga dikehendaki membuat salinan WANG POS sebagai BUKTI PEMBAYARAN
  • Disamping itu, setiap PUISI yang dihantar harus disertakan BIODATA PENULIS dan GAMBAR BERUKURAN PASPORT dan WANG POS dan dialamatkan kepada :

No 2 , Gerai Majlis Daerah Baling ( MDB ), Hadapan Stesen Bas, 09100 Baling, Kedah D.A.

atau

PKWPM Cawangan Negeri Kedah No 2, Gerai Majlis Daerah Baling ( MDB ), Hadapan Stesen Bas, 09100 Baling, Kedah D.A.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

(Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Wartawan Dan Penulis Melayu Malaysia Cawangan Negeri Kedah )

( Puan Norlia Ramli, HP : 013 - 4401357 )



Monday, February 8, 2010

Syarat Penyertaan

ANTOLOGI PUISI

Anjuran Pertubuhan Kebangsaan Wartawan Dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) Cawangan Negeri Kedah.

Tajuk Antologi : DARI HATI INI.

Terbuka kepada mareka yang meminati menulis sajak/ pelajar dan individu rakyat Kedah.

Tarikh tutup sabelum 15 Mac 2010 .

Antologi setebal 200 hingga 250 muka surat.

Setiap peserta hanya dihadkan menghantar enam (6) buah sajak sahaja.

Sekeping gambar ukuran passport bersama biodata penulis.

Setiap penyertaan ( Enam (6) buah sajak ) dikenakan pendaftaran sebanyak RM 30.00

Sajak yang dihantar adalah karya asli penulis dan pihak PKWPM ( CNK ) berhak menolak mana mana sajak yang didapati dipelagiat dari mana mana sajak penulis lain.

Peserta hendaklah bukan ahli dari mana mana Persatuan Penulis di Negeri Kedah .

Tiada sebarang royalti dibayar kepada penulis yang sajaknya dibukukan dalam Antologi puisi yang bakal diterbitkan.

Tema sajak mestilah berunsur cintakan negara, agama, alam dan kemanusiaan.

Keputusan jemaah peneliti sajak adalah muktamat .

Buku Antologi puisi yang bakal diterbitkan akan diberikan dua naskah (2) kepada penulis pada majlis pelancaran antologi puisi tersebut (dalam bulan May 2010)..


BORANG PENYERTAAN ADA DI BAWAH INI !!!

Thursday, January 28, 2010

Borang Penyertaan


Nama Peserta :___________________________________________________.

Alamat:_______________________________________________________ _.

No Talian mudah alih:____________________

No tel Rumah 04 - ______________________

Tajuk Sajak : ( 1 ) ___________________________________

( 2 ) _____________________________________________

( 3 ) _____________________________________________

( 4 ) _____________________________________________

( 5 ) _____________________________________________

( 6 ) _____________________________________________

Saya bersetuju dan mematuhi syarat yang ditetapkan dan menandatangani borang penyertaan antologi puisi anjuran Pertubuhan Kebangsaan Wartawan Dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) Cawangan Negeri Kedah .

Tandatangan Peserta, Tarikh:

..................................................

No Kp : (__________________________)

Nama :____________________________

Borang Penyartaan boleh didapati di http//wartawanmelayu.blogspot.com.

Atau

No 2 , Gerai Majlis Daerah Baling ( MDB ), Hadapan Stesen Bas, 09100 Baling, Kedah D.A.

Sajak dan wang penyartaan boleh dihantar ke alamat : -

PKWPM Cawangan Negeri Kedah No 2, Gerai Majlis Daerah Baling ( MDB ), Hadapan Stesen Bas, 09100 Baling, Kedah D.A.


( Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Wartawan Dan Penulis Melayu Malaysia Cawangan Negeri Kedah ) ( Puan Norlia Ramli, HP : 013 - 4401357 )